Galeri


Selamat Datang Ke Homestay Muslim Cottage Melaka

Gambar-gambar homestay di muat turut di sini bagi rujukan bakal tetamu homestay kami. Semoga ianya menarik hati tuan puan tetamu untuk menginap di sini. Amin :)

PANGKIN
Pangkin disediakan diluar homestay untuk duduk minum petang dan untuk merokok (di larang merokok di dalam rumah ya)


PINTU MASUK UTAMA
Pintu masuk utama digalakkan untuk ditutup sepanjang masa bagi tujuan keselamatan dan kesejahteraan. 


RUANG TAMU
Ruang tamu lengkap berkarpet besar selesa untuk duduk dan bergolek-golek sambil menonton tv dan berborak santai. Dilengkapkan dengan meja kerja, meja kopi serta sofa berkusyen juga.


TINGKAP ANGIN
Sebaik masuk disediakan ruang untuk berehat di pintu masuk di mana tingkap boleh dibuka bagi berinteraksi dengan mereka di pangkin luar dan di malam hari boleh dijadikan salah satu tempat tidur kerana disediakan sebuah day bed di sini


BILIK TIDUR MASTER
Bilik tidur master berkonsepkan gaya cottage. Tilam empuk tilam hotel jenis divan. Bantal dan kusyen disediakan. Lampu sisi untuk kegunaan malam dipasang untuk keselesaan. Langsir blackout dan langir siang turut dipasang. Dilengkapkan juga dengan karpet, single sofa, dan juga sebuah daybed di hadapan katil. Juga disediakan tempat menggantung pakaian, telekung dan sejadah bagi kegunaan tetamu. Terdapat rak buku yang mengandungi buku-buku agama serta Quran di sini untuk lengkapkan ibadah sepanjang menginap di sini.

BILIK TIDUR KEDUA
PBilik tidur kedua selesa untuk 2 orang yang di hiasi dengan warna yang ceria. Terdapat juga lampu sisi di sini untuk kegunaan waktu malam. turut berkarpet dan juga mempunyai tempat menyangkut pakaian


BILIK TIDUR KANAK-KANAK
Istimewanya di sini, kami menyediakan bilik tidur untuk khas untuk kanak-kanak. Bilik tidur ini mempunyai 3 tempat tidur. Di dalam bilik tidur ini disediakan hiburan untuk kanak-kanak seperti buku kanak-kanak, permainan, buku belajar dan juga lego. Selain hiburan id dalam bilik, di bahagian lounge juga disediakan lagi tambahan buku bacaan kanak-kanak. Anak-anak pasti gembira menghabiskan masa sepanjang menginap di sini tanpa kebosanan.

LOUNGE
Disediakan ruang lounge untuk rhat santai, baca buku dan solat. Disini dilengkapkan dengan day bed dan boleh dijadikan salah satu tempat tidur di waktu malam.


RUANG MAKAN
Meja makan boleh di panjangkan kepada 6 orang dan juga boleh dipendekan semula kepada 4 orang duduk. Juga disediakan bar sarapan , kerusi bar serta kerusi bayi untuk keselesaan di sini.


REFRESHMENT
Untuk memudahkan tetamu yang menginap di waktu pagi atau ketika hujan lebat, kami sediakan telur untuk direbus/goreng dan juga minuman tin dan kotak. 


SNACKS
Sambil berehat boleh nikmati snack mamee monster yang disediakan di dalam balang. satu balang pedas, satu balang original

HOT CUP
Beberapa jenis maggi hot cup juga disediakan di sini untuk mengalas perut yang lapar. Kesemua makanan dan minuman yang ada di dalam peti sejuk dan di atas bar boleh dibeli dan dimasukan duit ke dalam tabung yang disediakan. Senarai Harga disediakan di atas bar
3 in 1
Oh ya, minuman paket 3 in 1 juga ada disediakan seperti Milo dan Nescafe untuk dibancuh


LAUNDRY
Bagi yang duduk lama atau menghabiskan percutian di waterpark, kami sediakan bilik laundry untuk membasuh, menyidai dan menggosok pakaian.



DAPUR
Dapur memasak , peralatan memasak, sudu garfu dan sebagianya ada disediakan di dapur. Boleh masak-masak. Bagi simpan makanan untuk tahan lama boleh simpan di peti sejuk





No comments:

Post a Comment